Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart

Apakah Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : DOMESTIK?

Program NUR:DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
  • Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik;
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;dan
  • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : DOMESTIK

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power);
  • Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
  • 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
  • Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini.).

Semak Kelayakan Anda : TEKAN DISINI

For more details, please contact us WhatsApp

Cara Penebusan

Kaedah 1 :Pembelian dan Penebusan di Kedai / Pasaraya secara Fizikal.

Kaedah 2 : Pembelian dan Penebusan secara Atas Talian (e-Dagang).

ENTER YOUR EMAIL TO REVEAL YOUR DUIT RAYA

No, thanks

T&C
* For next purchase with no min purchase.
* Buy above voucher value.
* No balance refundable.
* No Valid Accessories and Installation Service.
* For online purchase only.
* Single-use coupon.

0